Posts

Perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas

Image
Oleh : Fathi Yusof https://www.facebook.com/fathiyusof Perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas. Jelas tercatat bahawa Petronas mesti membayar secara bayaran tahunan sebanyak '5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Trengganu dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya... ' (ejaan asal dikekalkan). Seksyen 4 Akta Kemajuan Pertalian 1974 pula menghendaki Petronas membayar kepada kerajaan negeri mengikut perjanjian yang dipersetujui. Jelas bahawa Petronas perlu membayar dari hasil yang diperolehi dan dijual, bukannya dari untung bersih. Tak perlulah berdolak dalih. Patuh sahaja pada perjanjian. Buktikan bahawa kalian mampu bercakap benar. Patuh kepada perjanjian adalah satu unsur yang terlalu asas untuk menjadi kerajaan yang adil dan berpegang kepada 'rule of law'.    

Tg Ibrahim gesa rujuk perjanjian asal

Image
Oleh: KHAIRUL AZLAM MOHAMAD (HarakahDaily.Net) Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7655-tg-ibrahim-gesa-rujuk-perjanjian-asal KUALA TERENGGANU : Kerajaan Persekutuan yang kini diterajui gabungan PH diingatkan agar kembali merujuk kepada perjanjian asal mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 berkenaan pembayaran royalti Petroleum dan Gas. Gesaan itu, disarankan oleh Kerabat DiRaja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasharuddin Shah yang mahukan Kerajaan PH membayar terus royalti lima peratus kepada kerajaan negeri ini. Malah, beliau bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri Kelantan menuntut lima peratus royalti seperti negeri-negeri pengeluar minyak lain. "Saya setuju dengan saranan (Kelantan) itu. Sebab apa? Kita balik kepada perjanjian asal melalui Akta Kemajuan Petroleum 1974. Perjanjian asal mengatakan bayaran sebanyak lima peratus tunai. "Saya harap negeri Terengganu terima dahulu lima peratu